@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Semoga indah dipandang mata... Ibarat putik bunga nan mekar... Ikhlas dari Andika... @.


Kumpulan Andika Kencana ditubuhkan pada Awal tahun 1992. Ia ditubuhkan oleh Sdr Shahrom, Md Noor dan Djohan. Setelah beberapa bulan menghadapi kesukaran mendapat anggota-anggota baru, serta diperakui laluan sukar yang diperlukan untuk membuat kumpulan baru, Sdr Shahrom dan Sdr Md Noor telah kembali ke kumpulan Dendang Mutiara.

Namun, Sdr Djohan telah meneruskan perjuangan itu. Dengan usaha gigih, kumpulan Andika Kencana telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Disember 1992. Kami bertapak di Kolam Ayer CC. Kem
asukan kumpulan tarian dari Sriwana telah membataskan masa untuk kami berlatih. Maka kami telah berpindah-pindah tempat, antaranya termasuklah Potong Pasir, Braddell Heights dan Toa Payoh East. Di sana, kami seronok berlatih di bawah jagaan Kak Samsiah.

Namun, apabila Kak Samsiah berpindah ke kelab rakyat lain, kami terpaksa mencari kelab masyarakat yang lain. Antaranya termasuklah Toa Payoh South dan Siglap South. Kini kami bermastautin di Yio Chu Kang CC. Masa depan? Masih menjadi tanda tanya…

Sejak ditubuhkan, pelbagai onak dan duri yang perlu kami lalui. Antaranya kekurangan dana, kek
urangan ahli, pandangan negative atas kumpulan baru seperti kami, dan konsep persembahan yang tidak difahami dan tidak diterima pihak pengadil. Namun kami meneruskan perjuangan dengan menekankan cara persembahan kami yang berprinsip dan interaktif, tanpa mengenal erti jemu.

Kemenangan yang pertama yang berjaya diraih ialah pertand
ingan di Bukit Timah CC pada hujung tahun 1998. Itulah kenangan yang tidak dapat dilu pakan kerana setelah sekian lama kami cuba menembusi tiga tempat terbaik dalam pertandingan, akhirnya cara persembahan kami Berjaya memikat hati para pengadil dan penonton. Tahun 1998 merupakan detik yang mendewasakan kumpulan Andika.

Selepas itu, kami mula memenangi beberapa pertandingan yang lain. Kami juga dijemput untuk membuat persembahan-persembahan yang berprestij, antaranya tem asya meraikan penabalan mendiang Dr Ong sebagai presiden Singapura di Marina, pembukaan cawangan McDonald di Geylang, dan pertemuan Asian Toastmasters di kawasan Orchard.

Antara kenangan
manis yang tidak dapat dilupakan pula ialah memenangi tempat kedua dalam pertandingan dikir barat peringkat ASEAN di Kelantan, Malaysia, memenangi Piala Khas Zaidi Buloh Perindu, Berjaya memasuki peringkat akhir siri Mega Perdana buat pertama kalinya pada tahun 2000, dan memenangi tempat kedua di siri Mega Perdana pada tahun 2002 dan 2004. Tidak lupa juga Sdr Alif ‘Anak Gelama’ yang dinobat sebagai Tok Juara terbaik ASEAN, dan Sdr Isa yang mendapat anugerah Tukang Karut Terbaik siri Mega Perdana.

Dengan menyemai keakraban antara para anggota, kami berharap agar apa yang dipersembahkan mampu menghiburkan semua. Kami melakukan segalanya untuk keseronokan, dan keseronokan itu dipersembahkan untuk tatapan umum (all for fun, and fun for all).

Dengan anggota-anggota baru yang berbakat yang bakal berganding dengan aktivis lama yang berpengalaman, adalah harapan kami agar nadi Andika akan terus berdenyut dari masa ke semasa, insya-Allah.